APA ITU PHISHING?
















APA ITU PHISHING? 

"Phishing adalah usaha untuk mendapatkan suatu maklumat penting dan rahsia secara tidak sah, seperti USER ID, PASSWORD, PIN, maklumat akaun bank, maklumat kad kredit, atau maklumat rahsia yang lain.


CARA TANGGANI PHISHING?

  • Periksa sender e-mail anda : Ini adalah salah satu cara paling effektif dalam menangani penipuan ini. Periksa sender e-mail tersebut. Jika penghantar e-mail itu tidak mempunyai alamat email atau domain yang sah, sudah pasti ianya adalah phishing. Juga pastikan bank atau institusi yang menghantar anda email sedangkan anda tidak pernah berurusan dengan bank atau institusi tersebut. Buang saja email seperti ini ke dalam tong sampah!
  • Jangan klik pada alamat url yang diberikan dalam email.Email yang mengandungi phishing biasanya akan mempunyai alamat url dan akan menyuruh kita untuk klik ke url tersebut untuk meneruskan urusan dan sebagainya. Jika kita klik url tersebut biasanya kita akan dibawa ke website yang seakan-akan website yang sah. Anda juga boleh mengenalpasti kesahihan url tersebut dengan melihatnya. Biasanya url akan mula dengan http:// tetapi biasanya urusan berkaitan bank akan bermula dengan https:// bermakna ianya selamat. Selain itu jangan anda suka2 untuk klik walaupun anda tahu itu adalah phishing kerana ada sesetengah url yang akan mencuri maklumat anda secara automatik dengan hanya anda klik pada url tersebut.
  • Periksa maklumat hubungan yang terdapat dalam email tersebut. Biasanya akan terdapat maklumat hubungan iaitu no telefon atau alamat yang seakan-akan betul. Cuba hubungi mereka untuk mendapatkan kepastian. Jika ianya adalah urusan dengan bank, hubungi bank anda dengan no telefon yang benar dan tanya pada bahagian perkhidmatan pelanggan. Biasanya anda boleh menentukan kesahihan dengan menghubungi pegawai perkhidmatan pelanggan di bank tersebut atau pergi sendiri ke cawangan yang berdekatan. 
  • Pastikan anda mempunyai anti-virus / firewall yang terbaru. Antivirus dan firewall yang terbaru menpunyai anti-phishing protection yang akan melindungi anda daripada aktivitiphishing ini. Antivirus tersebut akan memeriksa url atau email anda dan memberitahu anda bahawa ianya selamat atau tidak. Selain itu, gunakan email daripada Gmail kerana Gmail mempunyai penapisphishing yang terbaik berbanding Yahoo atau AOL.

0 Response to APA ITU PHISHING?

Catat Ulasan