Fungsi Blog XD

Apa itu blog?

Oh no! pertanyaan apa ini? sebab apa aku post entry ini? Ini disebabkan, banyak kata kunci yang masuk dalam blog aku dengan kata kunci seumpama ini. Masih ramai yang kabur akan fungsi blog itu sendiri. Takpe, kita pergi ke satu persatu.

#1-Blog
Bila berkata tentang blog, ia adalah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger itu mengisi kandungan blognya dengan niche yang tertentu. 

Contohnya jika seorang blogger itu mahir dalam pembuatan kopi, dia akan menerangkan bagaimana kopi itu dibuat dengan sedapnya.

Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online) untuk mereka yang berjauhan dengan keluarga ataupun hidup seorang diri (forever alone). Fungsi blog tidak terhad untuk penulisan, malah pelbagai media seperti gambar, video, slideshare dan lain-lain turut digunapakai.

#2-Kemahiran diri
Untuk jadi seorang blogger, bukan setakat tahu update selalu. Kemahiran dan ilmu dalam bidang blogging juga turut memainkan peranan. Dan, anda perlu ada mentor atau idola yang mendorong anda aktif dalam blogging blog-o-sphere. 


picture: Google web 

Sebagai contoh, pada permulaan anda membuat akaun blog, anda penuh bersemangat sehingga 50 post entry sehari tetapi pada hujung-hujungnya, sebulan sekali pun susah untuk di update. Kreatif dalam membuat post entry yang menarik minat pembaca.

Selain channel blog, anda perlu tahu juga channel yang lain seperti Vimeo, Youtube, Flickr, Photobucket untuk di-sync kan dengan blog anda untuk mengambil "traffik" dari kepelbagaian sumber.

0 Response to Fungsi Blog XD

Catat Ulasan