Cara Format Laptop/PC mengunakan Pendrive


Cara Format Laptop/PC Menggunakan Pendrive

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua cara nak format laptop/PC dengan hanya menggunakan pendrive. Kalau nak guna kad memori pun boleh juga. Cara ini membolehkan laptop yang tiada atau rosak CD drive boleh diformat semula tanpa perlu membeli CD drive yang baru.

Sebelum memulakan kerja memformat, check benda-benda ni dulu:
- Saiz pendrive yang disarankan adalah 8Gb
- BIOS motherboard laptop/pc yang hendak diformat mestilah support usb boot
- Korang dah download/ada ISO windows 7

kalau korang dah cukup syarat jom kita ke langkah seterusnya. 

1. Mula-mula sekali korang klik link ni. http://images2.store.microsoft.com/prod/clustera/framework/w7udt/1.0/en-us/Windows7-USB-DVD-tool.exe


2. Install software tersebut kedalam laptop/pc korang


3. Buka software tu dan korang akn nampak benda ni. Jadi korang klik pada Browse. Korang pilih ISO yang korang dah download tu dan klik ok.kemudian korang klik next.


4. korang klik USB Device sebab korang nak guna pendrive format laptop kan?


5. pastikan pendrive korang bersaiz besar.kalau kecik nanti tak muat. kemudian klik Begin Copying.


6. klik Erase USB Device. pastikan juga pendrive korang memang kosong dan tiada benda-benda penting.


7. Bila dah start copying maka korang tunggu jela sampai siap.






8. Next step ialah korang perlu masuk kedalam BIOS dan setkan USB Device kepada urutan pertama/first boot device. Save setting dan exit.

9. Semasa laptop/pc yang hendak diformat baru dihidupkan, korang sumbat pendrive kedalam slot USB dan proses fotmat akan bermula.

0 Response to Cara Format Laptop/PC mengunakan Pendrive

Catat Ulasan